<link rel="me" href="https://www.blogger.com/profile/07026157117799661095" /> <link rel="openid.server" href="https://www.blogger.com/openid-server.g" /> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8474564113195893538\x26blogName\x3dwhen+I\x27m+on+queue\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/\x26vt\x3d2843336287746015661', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

authorchatlinksarchivesgallery


Sunday, May 7, 2017
204. Semalam di PBAKL17 @ Sunday, May 07, 2017

0 note (s)

Semalam aku ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, dengan semangat semacam membara untuk bertemu beberapa penulis tersohor Malaysia dan Indonesia. Ada Tuan Ramlee Awang Murshid, Tuan M. Aan Mansyur (penulis buku puisi Tidak Ada New York Hari Ini), Puan Noor Suraya dan yang paling utama Prof. Kamil Ibrahim dan isterinya, Puan Roza Roslan di dalam senarai pendek mesti-jumpa untuk pesta buku tahun ini. Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi aku adalah di antara pembaca muda buku-buku tulisan Prof. Kamil - Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, Anekdot Madinah: Benar, Dia Maha Mendengar - sekadar menyebut beberapa buah buku, penulis yang hanya aku kenali sebelum berlepas ke Tanah Haram tempoh hari. Mungkin ada juga yang tidak tahu, beliaulah professor akaun di UiTM yang terkenal kerana hanya tahu membaca Al-Quran ketika usianya menjejak 40 tahun. Tetapi itu khilafnya dahulu. Buku-buku beliau sangat menyentuh tangkai hati, tepat ke jiwa, santai tetapi penuh signifikan (tagline Prof. Kamil). Sungguh, teruja adalah perkataan yang sangat menggambarkan perasaanku lewat melintasi reruai Galeri Ilmu di PWTC.

Dari jauh, kelihatan dua figura yang selama ini hanya dapat aku lihat di laman mukabuka dan buku-buku tulisan mereka. Duduk di tepi meja kecil, Prof. Kamil tersenyum manis disapa pengunjung Galeri Ilmu, di sebelah kirinya, Puan Roza, berniqab serba hitam, tak dapat pula menafsir riak wajahnya ketika itu. Kecil molek sahaja keduanya. Aku gelisah, macam bertemu kekasih hati lagaknya haha. Beberapa kali aku berpusing di sekitar, pantas berfikir buku apakah perluku beli dahulu. Kiriman istimewa dari Kak Nurul menerjah fikiran, dia mahukan buku yang sama denganku, Di Sebalik Tembok Yahudi: Ada Damai di Al-Aqsa dan Amirul Budak Sudan - buku terbaru tulisan keduanya. Aku berkira-kira, buku-buku pilihanku nanti akan di beli di pusingan kedua, biar amanah dari Kak Nurul yang aku selesaikan dahulu. Selesai pembayaran di kaunter, aku terus menerjah meja penulis, kelihatan Prof. Kamil dan Puan Roza tenang-tenang sahaja.

"Assalamualaikum Prof dan Puan Roza. Boleh minta tandatangan." Lagaknya anak murid meminta sesuatu dari gurunya. Prof. Kamil hanya tersenyum menanyakan namaku. "Nurul." Beberapa kali ku ulang nama Kak Nurul, kerana audio di sekitar yang bising. Kejanggalan menjengah tatkala mereka bertukar tandatangan di dua buah buku. Aku berbasa-basi, "Buku Rumah Kecil di Jabal Uhud sudah habis ya?"

"Ya, sudah habis," senyuman (mungkin kasihan) dari Puan Roza ku lihat di matanya. Hehe, mungkin sudah habis di sini tetapi Pustaka Azhar di Larkin masih mempunyai salinan lagi. Prof. Kamil memberitahuku, "Ada yang istimewanya hari ini," sambil menunjukkan buku Amirul Budak Sudan ke belakang. Buku disambut pemuda (yang awalnya aku fikir, entah siapa-siapa berdiri di belakang Prof, bodyguardkah?) Rupanya, anak mereka Amirul yang menjadi watak utama buku tersebut malu-malu menandatangani buku Kak Nurul. Haha. Ucapan terima kasih aku berikan, sesungguhnya rasa teruja itu masih belum surut. Aku berpusing lagi di sekitar reruai Galeri Ilmu, ada buku-buku yang dijual lambak, 3 buah hanya bermaharkan RM10. Jam ku belek menunjukkan pukul 11.50 pagi, tiba-tiba rasa gundah menerjah fikiran, bagaimana jika sesi tandatangan buat Prof. Kamil dan Puan Roza tamat sebelum Zuhur menjengah? Lebih baik aku cepatkan pencarian buku dan memudahkan sesi buat kami dua pihak. Setengah jam bergulir di sekitar Galeri Ilmu dan Penerbitan PTS, dapat juga aku temukan beberapa buku yang menarik perhatian. Berbondong-bondong aku dan buku-bukuku ke meja penulis sekali lagi usai pembayaran, memang muka tak tahu malu kan, haha.

"Prof, Puan Roza." Prof. Kamil tersenyum sahaja. Aku meneka-neka mereka mungkin sudah terlupa kewujudanku setengah jam yang lalu. "Hanim," Namaku pantas ditulis Puan Roza. Prof. Kamil di sebelah bertanya adakah aku tahu jika pembelian dua buah buku ini membolehkan aku mendapatkan DVD percuma ceramahnya? Ya, aku menjawab. "Hari ini istimewa sedikit, muka di buku ini (sambil menunjuk arah ke kulit buku Amirul Budak Sudan) ada datang hari ini," Selamba juga aku menjawap, "Saya sudah tahu Prof." Amirul di belakangnya pun nampak tidak teruja, barangkali berfikir, akak ini datang lagi. Aku bersalam dengan Puan Roza, doaku semoga Allah memelihara kedua mereka yang termasuk ke dalam sekelompok insan yang banyak membantu memperbaiki hidup aku secara umumnya. Semoga Allah menjaga rasa cinta kami, InsyaAllah tahun depan jika berpeluang, aku masih sebegini teruja bertemu mereka.

Sempat juga aku singgah ke reruai DubookIndo dan Jemari Seni, namun tidak tertarik membeli buku di sana. Puan Noor Suraya tersenyum ceria, jika dua tahun yang lepas beliau teruja menuliskan namaku di buku Jaja&Din, dengan ucapan, "Dengarlah Jaja bercerita tentang Din," (wajib baca!) tetapi tahun ini aku memilih sedikit, kerana tidak ada lagi baucer buku percuma menemani beli-belahku di PWTC. Kadang aku terfikir, jika citarasa bukuku kini berubah hampir 180 darjah. Boleh juga dikira dengan jari, buku-buku fiksi yang mengisi tingkat rak di rumah, tidak bertambah kuantiti dari sebelumnya. Aku tinggalkan buku-buku Harry Potter yang menemani masa remajaku di sekolah menengah, walaupun ada percubaan mahu mengkhatamkan kembali cinta ku kepada magis Hogwarts, namun kekangan masa dan keterujaan itu nyata sudah berbeza. 

Namun, aku tidaklah menafikan bahawa fiksi penting untuk menjana imaginasi. A bit of fiction won't hurt, orang puteh cakap. Selepas berlegar di sekitar dewan-dewan PWTC, aku menapak kembali ke Galeri Ilmu, ada sesuatu yang menggamit di situ. Prof. Kamil sedang memberi sedikit tarbiah kepada pengunjung reruai Galeri Ilmu. Aku berdiri mendengar sekali, beliau bercerita mengenai bukunya - Rumah Sakit yang berkisah keadaannya di hospital kerana diserang sakit jantung yang kronik. "Mengapa saya tidak mati ketika itu walaupun sudah di peringkat kronik? Ada sesiapa yang mahu menjawap?" Aku mengumam, "Kerana Allah mahu beri peluang kedua." "Salah!" Beliau menerjah jawapan seorang kakak di hadapannya. Tergelak kecil aku di situ, bimbang juga diterjah sedemikian. "Kerana Allah mahu tunjukkan bahawa hidup dan mati adalah di tanganNya." Hasil tangkapan semalam agak menyenangkan, semoga ilmu yang diperoleh juga bermanfaat walaupun ianya umpama batu-bata di dalam beg sandang yang membebankan bahuku. Iya, ilmu yang tidak diamalkan, umpama pohon yang tidak berbuah. Sesi tandatangan bersama Tuan RAM dan M. Aan Mansyur aku tinggalkan setelah berbolak-balik memikirkan beban buku yang ku tanggung. Mungkin lain kali! InsyaAllah.

p/s: Post ini merupakan penghargaan kepada memori seorang pembaca kepada penulis yang dia minati. Jarang ada post sebegini. Sekian haha.




Older | TOP

P/S
☆彡☆彡☆彡





You've read my thought. If only I can read yours..