<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8474564113195893538\x26blogName\x3dwhen+I\x27m+on+queue\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/\x26vt\x3d2843336287746015661', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

authorchatlinksarchivesgallery


Thursday, December 8, 2011
90. Edisi Khas: Birthday Cik Jazz @ Thursday, December 08, 2011

2 note (s)

Entri khas yang ditulis dalam Bahasa Melayu bersempena ulangtahun kelahiran Cik Jazzeyqa Ahamad Jailani, kawan baik merangkap rakan seperjuangan sejak zaman Tadika Kemas lagi.
"A friend is someone you can be alone with and have nothing to do and not be able to think of anything to say and be comfortable in the silence."
Tahun 1996, aku mendaftar masuk ke Tadika Kemas SK XX area Batu Pahat, Johor dan menjadi pemakai rasmi baju kotak-kotak merah ala-ala kain alas meja tu. Jazzeyqa bukanlah kawan aku sangat sebab dia sentiasa bersama sepupunya yang bermuka mat saleh ( ye aku ingat lagi dia Jazz ) dan aku baik pulak dengan anak Cikgu Samidah, Nadia Shafiqah. Aku juga kurang baik dengan Yan, ( yang ironinya menjadi geng sekepala kami selepas itu ) kerana dia dengan kejamnya telah mengoyakkan buku mewarna aku selepas berlaku pertengkaran kecil mengenai warna sebenar lada. Iya, lada. Yan dengan semangat mengatakan lada berwarna merah, sedangkan aku yang lebih cerdas ( percayalah hahah ) mewarnakan lada tersebut dengan warna hijau ( lada muda la kononnya ). Darjah 1, 2 dan 3 Anggerik aku jadi lebih baik sikit, jadi aku pun tegur la Jazzeyqa. Kami menjadi kawan rapat lepas dilantik sebagai pengawas sekolah zaman 4, 5 dan 6 Maju agaknya. Entahlah, aku pun dah tak berapa ingat. 

Sekolah menengah rendah XX (2003-2005) menjadi saksi bagaimana kami menghancurkan masa depan masing-masing dengan benda-benda kurang berfaedah bersama-sama 2 lagi orang geng sekepala, Yan, dan Tika. Tahun ke-2, kami ada sedikit (baca: banyak) crush pada seorang /coughramaicough/ pengawas Cina yang sangat cute (serious, dia comel macam Jay Chou) jadi hampir sepanjang masa kami berempat gossip/stalk habis mamat tersebut sampai dia pun kenal kami berempat. Dengar cerita mamat terbabit sekarang ambil course engineering di UTM ( stalk habis lol ). Kami memang kaki gossip ( baca: SANGAT ), bukan sahaja dalam sekolah malahan berita luar sekolah ( ex: Akademi Fantasia yang menjadi kegilaan ramai waktu itu, Jazz minat habis dengan Zahid Oren tersebut ) Habis PMR, Jazz seingat aku memberitahu bahawa dia mungkin akan berpindah ke sekolah teknik jadi kami bertiga sangat sedih siap buat majlis perpisahan lagi. Tup-tup yang tak boleh blahnya, dia ada jugak di Tingkatan 4 sekolah sama, cuma kelas sahaja berbeza. Memang lah. 

Meskipun begitu, kami masih segila 3 tahun pertama, malah lebih membimbangkan kami langsung tak buat kerja Matematik Tambahan. Rohana cuma join sekaki apabila kelas dirombak tahun 2006 ( dia keseorangan, kesian aku ingat lagi haha. Dia tarik kerusi dan tanya aku "Ada orang duduk kat sini tak?" dan kami berlima jadi kawan rapat ) Kami bukanlah kawan waktu gembira sahaja, waktu sedih pun masih bersama. Tahun 2006 kami berlima pergi Kem Tunas Bestari Johor Corp, di mana satu malam itu diadakan Malam Keinsafan ( iya, malam yang selalu suruh kita menangis pasal ibu ayah tu ) Jazz yang duduk sebelah aku mula menangis ( atas sebab yang kami berdua je tahu ) dan aku pun ikut menangis. Dan sampai sekarang, dia masih tak nak mengaku yang dia menangis dulu dari aku. 

Dalam 5 tahun ini, entah berapa banyak perjanjian pernah kami buat bersama-sama. Oleh kerana aku ini seorang pengumpul barang antik, penuhlah kotak rahsia aku dengan kertas-kertas mengarut contengan waktu sekolah menengah dulu. Serius, aku simpan lagi semuanya. Dari kertas tisu jodoh-jodoh sampai la ke sticker drama My Girl/Princess Hour, CD cetak rompak Jay Chou hadiah daripada Yan ke Perjanjian Hadiah dan Perjanjian Selepas SPM. Semua kad raya Jazz beri, aku masih simpan lagi. Aku sayang nak buang semua ni. ( mari kita ramai-ramai kata "Aww" sekarang. ) 

Aku dan Jazz tak pernah sambut hari lahir di kelas, kami paling muda ( paling bangga? ) Disember pula bulan cuti sekolah. Memang kesianlah. Tapi paling kurang pun aku masih ada Jazz, kan? Aku tak tahulah bila kami akan jumpa lagi, mungkin rasa janggal itu akan ada. Pedulilah janggal, aku tak kisah pun. Datanglah 10-20 tahun lagi, Insyaallah kawan tetap kawan :-) Jazz, aku kangen. Kangen sama kamu 4 orang. HAHA :')

Selamat Hari Lahir, kawan.
The Left-handed Girl Sitting Besides You in Class 3A.

Huduh tulisan anda Jazz.

p/s: Hey I'll post my Mo.A fan-account later. 

Labels: , ,


Older | TOP | Newer

P/S
☆彡☆彡☆彡


001_23

You've read my thought. If only I can read yours..