<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8474564113195893538\x26blogName\x3dwhen+I\x27m+on+queue\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/\x26vt\x3d2843336287746015661', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

authorchatlinksarchivesgallery


Monday, June 22, 2015
181. Masa Muda @ Monday, June 22, 2015

1 note (s)

Masa muda, masa yang berapi-api. (Yang berumur 24 tahun, 6 bulan ketika menulis crappy post ini)

Itu kata Rhoma Irama. 

Baru-baru ni, aku sempat isi satu borang permohonan untuk satu upcoming crisis yang sengaja daku cipta dan kalau menjadilah plan kamikaze ni, bakal jadi life-changing event, gitu. Sebab, lepas habis degree hari tu, terus dapat kerja, aku rasa jadual hidup lepas habis belajar ni agak lompang, kosong macamtu. Pagi Isnin pergi kerja, asyik emo je dalam kereta. Stress tak hengat dunia. Bila petang tiba, balik, makan, baca buku tidak berapa ilmiah, layan hal-hal online kejap (kononnya), beribadah (cough) dan tidur. Menunggu datangnya weekend lagi sekali. Ah, masa muda. 

Secara amnya, itu adalah life cycle of fresh graduated yang baru nak kenal dunia. (Atau mungkin aku sorang je yang takde kawan) Mungkin sebab waktu belajar, kita sibuk disusun, dijadualkan dengan hal-hal yang serius, tetapi tak praktikal, jadi lepas kerja eh takda lagi hal-hal begini begitu, kita disajikan pulak realiti hidup. Hah, berpeluh. Mungkin juga, zaman belajar zaman kita sibok mengepak dengan kawan-kawan rapat, jadi bila masuk kerja, semua orang jadi luar biasa asing. Kawan pun tinggal nama saja.

Pun begitu, alhamdulillah seronok juga hidup ada gaji ni. Ya, ya memang tekanan luar biasa melayan kerenah strangers, kerana strangers/clients bersamaan dengan duit ya anak-anak, juga kerenah orang satu cubicle, nak-nak bila kita exec yang paling junior. *inserts mata ke atas, tangan atas bahu*

Tapi taknak lah masa muda kita cuma dihabiskan dengan sesuatu yang tidak luar biasa. Jadi waktu muda ni, sewaktu masa masih kita yang punya, masih selfish dan tiada commitment lagi, kita pasangkan impian tinggi-tinggi, cita-cita yang macam jadi tak jadi tapi ada rezeki satu hari nanti insyaAllah boleh jadi pasti.

Kerana waktu muda, waktu kita percaya kita boleh buat macam-macam benda. Daripada memerah otak, trying hard nak menulis cerita pendek, jadi part-time k-drama blogger, melukis komik, membaca buku tebal nokharom, kita juga nak cuba berniaga kedai buku ala-ala hipster, jadi seasonal traveller, backpacker, kerana "The world is a book, and those who do not travel, read only one book." Juga nak panjat Kinabalu, sambil jerit, "Lihatlah dunia!", punya cita-cita seorang photographer wannabe, mau jumpa M.Nasir, nak teman Puan Mariam dan Pak Halim pergi naik haji sama-sama, ah habis cerita semua benda kita nak cuba. Anak muda, jiwa harus kental! Cenggitu.

In contrary, ketika mood kita down, kadang-kadang ada juga kita rasa tak nak participate, campur tangan dalam hal-hal sosial ni, kita ghase nak delete je akaun Facebook sebab sepupu sedara-mara kita annoying gila, kita cuma nak buat hal kita sendiri, sambil berharap nama kita tak diungkit waktu makan kuih bahulu time raya nanti. Kadang-kadang ada rasa dan masa nak berhenti kerja, nak duduk rumah buat cara orang kampung (tunggu orang datang meminang kahkah!) tatapi kadangkala kita rasa, eh inilah waktunya nak jumpa orang baru, nak kenal erti hidup, apa guna manusia dilahirkan serupa, nanti bosanlah dunia. 

Dan kita ada juga simpan rasa sayang pada akaun-akaun Twitter kita. Haha. #drama

Tiba-tiba ada rasa nak sambung belajar.. Nak cari ilmu lagi. Otak tepu, kosong jerit mintak diisi. Ah. Borang permohonan tu kita simpan kemas-kemas, masih. Lillahitaala. 

Masa muda, sesungguhnya, masa yang berapi-api.







Labels: ,


Older | TOP | Newer

P/S
☆彡☆彡☆彡





You've read my thought. If only I can read yours..