<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8474564113195893538\x26blogName\x3dwhen+I\x27m+on+queue\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/\x26vt\x3d2843336287746015661', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

authorchatlinksarchivesgallery


Thursday, October 15, 2015
185. Yang Pertama @ Thursday, October 15, 2015

0 note (s)

Momen ini saya nukil kan dalam bentuk tulisan kerana saya bimbang, saya mungkin terlupa. Maaf kalau terlalu emosi, usia saya mungkin baru menjengah 25 tahun, tapi saya berfikir gaya orang-orang tua.

Beberapa minggu yang lalu, sewaktu kami adik beradik duduk bersantai di rumah pada hujung minggu, saya terdengar ibu mengatakan pada kaklong, tentang sesuatu, tentang saya, "..angah (anak) yang cepat menyahut (panggilan ibu)." Saya tersentak, dan tersentuh, sungguh ibu perasan hal sekecil itu. Ah, sungguh. 

Saya akui, saya bukan anak yang paling baik antara kami berempat. Mungkin juga yang paling membimbangkan. Pun begitu, saya tetap mahu jadi anak yang mudah dilentur, mahu bersedia jiwa dan raga, harta dan masa untuk ibu dan ayah. Panggillah dari corok kebun sawit manapun, saya cuba sahut, saya pasti akan cuba, InsyaAllah. Sebagaimana mereka telah berkorban masa dan tenaga, nyawa dan wang ringgit untuk membesarkan saya, apalah erti sahutan yang tak seberapa itu. Ya kerana kadang-kala saya terfikir juga apakah mencukupi wang bulanan yang saya siapkan khas buat mereka? Kerana saya pasti, jumlah ringgit untuk membesarkan saya lebih banyak dari kurangnya. Sesungguhnya ikhlas ayah itu yang mencukupkan segala yang kurang, kerana 50 sen untuk duit poket ke kelas, membesarkan saya seadanya.

Ya, saya juga bukan anak yang tercerdas dalam pelajaran, saya tinggalkan aliran sains tulen, walaupun saya tahu ayah percaya yang saya boleh lakukan. Ah, ayah yang sentiasa percayakan anaknya nombor dua ini mampu buat apa saja. Jujurnya saya rasakan hubungan kami anak beranak pernah jadi sedikit janggal, mungkin semua ayah di luar sana berasakan yang sama. Anak perempuan ini membesar dari kanak-kanak yang mulanya ayah jadi heronya, kepada gadis sunti yang dia sendiri tidak lagi kenal apa yang anak gadisnya perlu, apa yang mereka mahu. Tapi ayah ada usahanya sendiri, saya tahu itu. Kami semua tahu itu. 

Bertuahnya saya punya ayah dan ibu, itu pun saya tahu. Jika melihat wajah suci ibu dan wajah kasih ayah, membuatkan saya gembira, saya percaya itulah maksud kebahagiaan, Alhamdulillah (hence, very small expectation of being happy.)

Momen ini saya nukil kan dalam bentuk tulisan kerana saya bimbang, suatu hari nanti saya mungkin terlupa, kejayaan saya, kekuatan saya, keberanian saya pada hari ini, bukan kerana usaha saya semata. Saya kuat, berani, berjaya kerana ada tangan ayah yang mendokong, ada doa dalam sujud ibu yang tak pernah putus dari mula sehingga ke hari ini, saya percaya mereka sentiasa ada saya, kaklong, Jeehan dan Imeen di setiap doa mereka. 



Older | TOP | Newer

P/S
☆彡☆彡☆彡


001_23

You've read my thought. If only I can read yours..