<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8474564113195893538\x26blogName\x3dwhen+I\x27m+on+queue\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/\x26vt\x3d2843336287746015661', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

authorchatlinksarchivesgallery


Saturday, October 31, 2015
186. Catatan Dua Hari di Kota Singa I @ Saturday, October 31, 2015

0 note (s)

Ya, ketika kami mengembara singkat dua hari satu malam di tanah Temasik ini pada bulan Disember tahun lepas (lambat dikemaskini dalam blog, kerana aku agak sibuk juga), kota itu disenaraikan berada di tangga pertama bandar termahal dunia. Tetapi Ringgit masih stabil, jika dibandingkan dengan krisis semasa (saat ditulis: October 2015) jadi kembara kami masih dalam belanjawan yang ditetapkan, iaitu RM200. Mungkin kelihatan sedikit sengkek, tetapi bajet sedemikian memang disengajakan. 


Saat kaki menjejak stesen bawah tanah MRT Bugis, aku, Jazz dan Nurul mulai jadi peka, sukar juga untuk mengenalpasti warga Islam Singapura, mungkin backpacker hostel yang ditujui, Tree In Lodge, (SGD25 satu malam) terletak di Outram Park jauh sedikit dari kawasan Muslim di republik berkenaan. Tetapi kami tetap bersemangat. Berbekalkan sekeping kad Tourist Pass berharga SGD16 dan deposit SGD10, kami tiba di Stesen Outram Park, mundar-mandir sebentar, ketiadaan wifi sangat tidak membantu. Sungguh kami sesat di dalam stesen MRT, berkat tidak mencetak peta sebelum tiba di Singapura (bijak, ahaha) tetapi si polis bantuan datang memberi pertolongan. Walaupun masih kebingungan, sepanjang berjalan kaki, kami berdoa agar segera menemui hostel, atau perlu bertebal muka kembali ke Tambak Johor, hanya kerana kesesatan di daerah kecil Singapura. 

"Teruskan berjalan, selepas berjumpa restauran berwarna pink, terus belok ke kiri. Selamat menikmati cuaca panas di Singapura!" Antara kata-kata semangat yang kami terima. 


Selepas hampir setengah batu rasanya menapak di sisi jalan Outram Park yang rata-rata dipenuhi flat-flat meninggi, (sambil-sambil mengingatkan sesama kami, jika melintas jalan di Republik ini, wajib melalui lintasan zebra, yang ironinya wajib juga di Malaysia tetapi penguatkuasaan tak meluas aku kira), akhirnya Tree In Lodge (TIL) muncul juga di celah-celah hutan hujan Singapura. Tuan hostel, Mr. K (kerana aku sudah lupa nama beliau) adalah seorang yang enthusiastik tentang basikal dan berbasikal, jadi beliau mendedikasikan hostel ini untuk para pencinta aktiviti berbasikal jarak jauh (yang pasti, bukan kami). Beliau, yang terlihat jelas dari air muka, teruja menerima kedatangan kami gadis berhijab dari JB ("neighbor? so close, but only first time coming SG meh?") Katanya lagi, biasanya TIL hanya mendapat tempahan bilik dari pengembara yang rata-ratanya pengayuh basikal dari Eropah, jadi kami ini umpama, one in a million. Gitew. 



Setelah menambah kuantiti air untuk bekalan sepanjang perjalanan (air mineral mahal di Singapura), kami meneruskan perjalanan meneroka kawasan elit kota Singapura sambil menelek peta pemberian Mr. K. Beliau sangat prihatin, menconteng peta tersebut dengan nombor-nombor bas yang perlu kami naiki, walaupun kami tak ambil peduli sangat pun. 


Little India di Singapura tak jauh bezanya dengan Little-little India di Malaysia, meriah dan warna-warni, penuh bau-bauan rempah yang mengingatkan anda kepada filem Hindustan. Pelik juga kerana kami berasa diperhatikan, mungkin kerana ada tiga gadis berhijab kelihatan sesat di jalanan. Kami temui Masjid Abdul Gafoor di Dunlop Street, usai solat jamak Zohor dan Asar, aku sempat bertanyakan jemaah lain di masjid tersebut di manakah lokasi makanan halal yang terdekat. 


Pun begitu, jawapan lebih bersemangat kami terima dari seorang lelaki tua berbangsa Cina yang teruja bertanyakan jenis makanan apakah yang mahu kami makan. Beliau mencadangkan Arab Street, "for the best Malay foods experience you'll ever had in Singapore," begitulah semangatnya. Beberapa tapak dari Little India, kami tiba di kawasan terkenal rakyat Malaysia, Arab Street, Restauran menjual makanan Arab (malah pak Arab juga ramai di sini) dan pelbagai lagi juadah halal boleh ditemui di sini. Lokasi wajib singgah di dalam kembara kami ialah Restauran Zam-Zam, menjual nasi briyani gam yang terkenal di Singapura.


Lalu, berbekalkan duit yang tak seberapa, kami bersetuju berkongsi dua pinggan nasi briyani ayam berserta satu gelas air teh limau ais dengan jumlah SGD14. Sedap? Untuk yang kelaparan, lagi-lagi di perantauan, semua makanan pun jadi sedap. 

Selepas itu, kami jelajahi sekitar Kg. Glam, mungkin kampung kedengaran sedikit humble, tetapi Kg. Glam ini lebih kepada, the hipster part of Melayu di Singapura. Di kiri-kanannya dipenuhi restauran, kedai baju muslimah yang trendy, dan tak lupa, kedai cenderamata. Terdapat juga Malay Heritage Centre, tempat kami bertiga mengambil gambar yang gila-gila kerana tak ramai orang di sana. Kerana Maghrib hampir tiba, kami bercadang untuk duduk menunggu azan di hadapan Masjid Sultan, sambil-sambil duduk termenung memikirkan dolar yang tinggal sekeping dua haha. Di Singapura, rata-rata penunggang motosikalnya memiliki motosikal berkuasa tinggi, bukan motor kapcai yang biasa kita lihat di Malaysia. Jadinya, pemandangan di sekitar masjid, penuh dengan jemaah berjubah menaiki motosikal besar. Sangat trendy ya.



Usai solat, kami bergegas menaiki MRT untuk turun ke Orchard Road, kawasan elit dengan pusat beli belah, meriah sekali mungkin kerana musim Krismas hampir tiba. Di sana-sini, dekorasi merah putih, penghibur jalanan serta bas double-decker dinaiki pelancong asing bertopi Santa Claus, yang menjerit "Merry Christmas!" (aku: lama lagi, dude). Kami menaiki MRT lagi di stesen Dhoby Ghaut dan turun di Esplanade, kagum-kagum melihat reka bentuk arsitek yang serupa durian, katanya. 


Dari stesen Bayfront pula, tak berapa jauh dari situ muncul pula Merlion, dari kependekkan Mermaid dan Lion, yang terkenal memancutkan air dari mulutnya. Kami melintasi Marina Bay yang meriah dengan pertunjukkan cahaya, (kos bermalam di hotel mewah itu boleh mencecah SGD10k), aku terdengar ada pemuda di sebelah kami berkata, "Lihat di atas sana, bumbung di atas Marina Bay itu adalah taman permainan orang-orang kaya," 




Sungguh, kota Singa ini menawarkan yang terbaik untuk yang berduit. Saat kami berjalan kaki bersama pengembara-pengembara asing di kaki lima, di bawah sorotan lampu neon dan bangunan-bangunan tinggi pencakar langit (ada bangunan Maybank!), aku terfikir sesuatu. Sungguh, aku lebih suka tinggal di kampung! Lucu bukan? Tetapi kembara di negeri orang pasti membuka mata, sedikit-sebanyak kami belajar cara hidup luar dari kelompok selesa.

Jam menunjukkan pukul 9.30 malam, kami bersetuju untuk pulang ke TIL setelah seharian di jalanan. Dalam perjalanan ke stesen terdekat, kami bertemu dua orang berbangsa Jepun yang kelihatannya baru pulang dari waktu kerja yang panjang. Aku berbasa-basi, "Konnichiwa." Mudahnya meroboh tembok perbezaan, serta-merta kami terus menjadi mesra. Mereka bertanya, adalah kami datang berlibur, dan berkata, "Ya, kami sedang bekerja, berkursus di Singapura." Sebelum berpisah di pintu stesen, masing-masing mahu mengambil gambar bersama-sama. Ringkas, tetapi sempat juga sebuah persahabatan terjalin di kota Singa.


Tiba di pintu masuk bilik, masing-masing sudah kepenatan, tetapi bersemangat, kerana kelelahan malam itu diubatkan wifi internet hostel yang laju. Malam itu, kami tidur dengan rasa teruja, malam di Singapura.


[bersambung]

187. Catatan Dua Hari di Kota Singa II

Labels:


Older | TOP | Newer

P/S
☆彡☆彡☆彡


001_23

You've read my thought. If only I can read yours..