<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8474564113195893538\x26blogName\x3dwhen+I\x27m+on+queue\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/\x26vt\x3d2843336287746015661', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

authorchatlinksarchivesgallery


Saturday, October 31, 2015
187. Catatan Dua Hari di Kota Singa II @ Saturday, October 31, 2015

0 note (s)

186. Catatan Dua Hari di Kota Singa I

Subuh kami di bilik kecil TIL. Selesai solat dan bersiap-siap, kami duduk di beranda depan hostel dan menikmati sarapan pagi yang serba ringkas, Mi Cawan Kari (yang dibeli di JB). Mr. K tiba awal dan menegur kami, jika sarapan ringkas itu mengenyangkan. Pastilah tidak, tetapi tiada siapa mahu membazirkan dolar untuk sesuatu yang subjektif umpamanya makanan. Cukup buat mengalas perut. 


Pagi itu juga, kami berkenalan dengan salah seorang pekerja di TIL, seorang gadis Melayu Singapura. Katanya, dia selalu juga ke Johor Bahru. Apabila kami berkongsi padanya mengenai rancangan ke Pantai Palawan, beliau langsung tidak bersetuju. "Pantai di Malaysia lebih cantik," katanya lagi. Aku tersengih, tetapi tidak salah untuk melawat bukan? 

Tepat pukul 8.30 pagi, kami bersetuju untuk meminta early check-out dari TIL, tetapi memohon mereka menumpangkan beg galas besar kami di tepi kaunter pendaftaran. Pulau Sentosa menunggu kami, dan memikul beg galas di pulau panas itu tidak akan membantu. Si gadis Singapura meminjamkan kami dua kaki payung dari TIL kerana menurutnya, "Hujan kelihatan bakal turun pagi ini, pinjamlah payung ini." 

Jejak pagi kami dimulakan di Chinatown, yang benar-benar membuatkan kami berasa tiba-tiba di Tanah Besar China. Kedai dan gerai menjual cenderamata, sejarah kedatangan bangsa Tionghua di Singapura, dan hujan yang tiba-tiba lebat menggamit kedatangan kami. Lalu kami tersekat di lorong-lorong masa bersama pelancong-pelancong asing di sana. 


Setelah hujan reda dan bergenggam key-chain dipilih Jazz dan Nurul, kami bergerak menaiki MRT ke Tiong Bahru. Benar-benar jadi lokal hari itu, bas tempatan juga kami pilih dengan doa tidak kesesatan. Tiong Bahru mempunyai sebuah kedai buku independen yang terkenal, BooksActually, yang aku temui lewat meluncur di laman sesawang tempoh hari. Suasana sekitar kedai buku yang langsung di kawasan perumahan, menjauh dari bandaran kota, sungguh membuat aku jatuh cinta. Untuk sang pencinta buku, kedai berdekorasi retro sederhana ini bakal melengkapkan pengembaraan kamu di republik ini. Aku sendiri memilih sebuah buku nipis nukilan penulis tempatan Singapura (SGD5) sebagai hadiah buat diri. 







Sekitar pukul 11, kami bergerak pula ke MRT Harbour Front untuk ke Vivo City Shopping Mall. Di sana, kami mengisi perut di Medan Makanan Awam yang menghidangkan makanan halal. Perjanjian yang telah kami buat sebelum ini, terpaksa kami batalkan. Sebotol air mineral dibeli kerana bekalan air dari hostel sudah tidak mencukupi haha. 500 meter berjalan di atas Boardwalk dari Vivo City menuju ke Sentosa Island benar-benar menguji. Terasa berjalan hampir 1 kilometer! Panas pulau ini sungguh membahang, berdekatan pintu masuk ke Taman Tema Universal Studio Singapura (USS) kami berebut mencari tempat rehat yang terdekat. 







USS tidak berada di dalam tingkat wajib lawat kami, (we are non-themepark fancy fellas) tetapi keberadaan kami di sekitar kawasan tersebut sudah cukup untuk menggambarkan betapa meriahnya suasana di sana. Nurul sempat melelapkan mata sedang Jazz dan aku sibuk melihat-lihat kawasan sekitar yang penuh lautan manusia berbagai bangsa.

Kami bertolak balik ke TIL di Outram Park setelah lebih sejam di Sentosa. Cuaca hujan panas membatalkan hasrat kami untuk bersiar-siar di pantai terdekat. Sebelum pulang aku singgah kembali di Vivo City membeli dua keping poskad untuk dihantar pulang ke rumah. Setibanya di TIL, kami bersiap-siap untuk bertolak pulang. Bertuah sekali kami kerana di TIL mereka menyediakan khidmat menghantarkan poskad ke pejabat pos terdekat. Dan menjual setem kosong juga! 




Kami bergerak ke stesen bas bersama Gadis Singapura. Katanya mahu menonton konsert band dari Jepun di Geylang. Sepanjang perjalanan, kami berkongsi cerita mengenai itu dan ini, dan berpisah kerana kami menaiki bas berbeza darinya. Sekitar pukul 5, kami tiba di Stesen Bugis untuk memulangkan Tourist Pass dan mendapatkan deposit kami semula. 

Sepanjang beratur di stesen bas Bugis untuk ke Woodlands bagi pemeriksaan kastam, kami bertemu ramai rakyat Malaysia yang bekerja harian di Singapura mencari rezeki di sana. Ada yang bangun seawal pukul 3 pagi untuk mengelakkan kesesakan di pintu kastam dan tiba di rumah hanya pada pukul 9 malam. Aku kagum melihat kegigihan mereka semua. 

Kami tiba di Larkin Sentral sekitar pukul 9 malam selepas berhempas pulas berlari-larian di Woodlands dan JB Sentral. Pun begitu aku masih tak mengerti mengapa kami perlu berlari di sana. Larkin kami tinggalkan, dengan perut yang kenyang dan hati yang girang kerana bisa menggunakan ringgit dan berasa kaya semula, dan Batu Pahat menawarkan bantal lama yang empuk, suasana rumah yang familiar. Baki SGD10 aku simpankan dalam tabungan kecemasan dan untuk kembara di masa depan.

Labels:


Older | TOP | Newer

P/S
☆彡☆彡☆彡


001_23

You've read my thought. If only I can read yours..