<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8474564113195893538\x26blogName\x3dwhen+I\x27m+on+queue\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/\x26vt\x3d2843336287746015661', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

authorchatlinksarchivesgallery


Thursday, February 25, 2016
191. Cerita Bulan Februari @ Thursday, February 25, 2016

0 note (s)

Sambil pasang lagu Kopratasa, Masihkah Kau Ingat.

Kelakar bila dengar Kak Nurul bercerita fasal kali pertama dia berjumpa suaminya (dahulu bakal). Mulanya, awal cerita kami sekadar berbasa basi, fasal BG dan Maria yang tak kahwin-kahwin lagi, fasal orang Melayu yang kalau lambat kahwin nanti kena perli. "Kalau Faha macam mana, nak pilihan sendiri ke nak mak ayah carikan?" Aku cepat-cepat menjawap dengan muka konfiden, "Eh, mestilah carik sendiri." Tak lama lepas tu, aku terdiam. Dengan kadar keramahan tahap minimum, dan reaksi ala-ala cuak bila lelaki asing mendekati (drama Korea sangat), aku tak fikir akan bertemu mana-mana lelaki (buat masa sekarang) dan, dan.. jatuh hati. 

Hehehe, tergelak dalam hati kejap sebelum Kak Nurul menyampuk, "Akak dulu kan, tak tahu lah nak dikategorikan sebagai bercinta ke tidak. Dulu-dulu, sebelum ni memang ada beberapa keluarga jugaklah datang rumah hantar merisik, (indirectly saying that she was once gadis fofular kampung; yang buat aku terfikir, sekarang ni ada lagikah orang lelaki yang datang merisik tiba-tiba bila dah suka) tapi bila takda jodoh tu, memang takda la." Aku mengangguk bersetuju. "Abang akak pulak masa tu memang BFF dengan abang (panggilan untuk suami, dahulu kenalan sahaja)."

Suatu hari nak dijadikan cerita, ketika Kak Nurul menumpang tidur di rumah abangnya, tanpa disedari ada pakatan jodoh antara ayah dan abangnya yang mahukan si BFF tersebut menjadi menantu keluarga mereka. Kak Nurul yang sedang duduk melepak menanti tetamu, baru tersedar adanya komplot tersebut bilamana si BFF yang dijemput masuk ke rumah menyapa, "Oh, ada orang lain rupanya. Ingatkan kita-kita aje yang berkumpul." 

Terkekeh-kekeh aku ketawa, cara taaruf yang sempoi, macam cerita dalam novel lagaknya.

Abang mula memberi hint kepada BFFnya, "Apa macam adik aku tadi, ko nak nombor dia?". Meskipun baru putus tunang, (kata BFF hatinya sedang remuk, satu perempuan pun dia tak pandang waktu tu) tapi demi menjaga hati sohabat karibnya, dia ambil juga nombor tersebut. Alih-alih, malam esoknya satu nombor asing muncul di kaca telefon bimbit Kak Nurul, yang sempoi, kemudiannya sibuk bercerita fasal tiket kapal terbang nak balik ke Kelantan, yang jikalau si BFF nak beli, dia nak tumpang beli tiket jugak. Hahahah, comedy materials betul. Dalam berbasa-basi, Kak Nurul pun berkata, "Balik Kelantan nanti, jemputlah datang ke rumah, minum-minum." Fikirnya jemputan mulut habis di situ. Jeng, jeng, jeng.

Usai kembali ke kampung, ya BFF benar-benar datang ke rumahnya, tetapi membawa sekali segerombolan rombongan meminang buat Kak Nurul, yang aku imajin sedang berbaju kurung bertudung bawal, tak bersolek dengan muka pasti tak pasti, "Aku dah nak kawin ke ni?"

Tapi Kak Nurul meningkah, katanya, "Dalam hati akak, dia nak ajak kahwin? Okeh, jom kahwin!" Bahahahaha.

Meskipun begitu caranya, macam kena paksa, namun aku percaya, alah kita pun dah boleh teka, Kak Nurul dan suaminya (kini BFFnya, Abang Ihsan) sama-sama sudah jatuh suka kali pertama mereka berjumpa.


Labels:


Older | TOP | Newer

P/S
☆彡☆彡☆彡





You've read my thought. If only I can read yours..