<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8474564113195893538\x26blogName\x3dwhen+I\x27m+on+queue\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/\x26vt\x3d2843336287746015661', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

authorchatlinksarchivesgallery


Thursday, June 16, 2016
196. Pencinta Perjalanan - Edisi Jogjakarta 1 @ Thursday, June 16, 2016

0 note (s)

Tiada alasan mengapa Jogjakarta adalah wilayah pertama yang menerima kedatanganku di Tanah Indonesia. Tidak dirancang, tetikus diketik membeli tiket ke Jogja secara rawak. Bulan dua kelmarin bukan main bersemangat mahu ke Medan, rupanya Medan tertangguh (atas sebab-sebab yang tertentu) dan Jogja datang menawarkan peluang berpetualangan yang baru. Namun begitu, pulang dari Umrah aku sejujurnya langsung belum terfikir mahu berkelana di daerah baru selepas Tanah Haram. Tapi oleh kerana semuanya sudah ditempah, dan kami juga ada 8 orang sahabat baru seperjalanan yang sudah berjanji sehidup semati, maka hasrat diteruskan walaupun serius, tidak banyak pembacaan tentang negeri ini yang aku lanjutkan (dek kerana masih rindukan Makkah).

Demam Ada Apa Dengan Cinta 2 (orang tempatan menyebutnya, Aa-Aa-De-Che) asyik melanda Nusantara halnya. Meskipun aku belum sempat menonton, (kerana aku tidak suka sesuatu yang IN-trend) tetapi sedikit-sebanyak iya tahu jugalah, ada momen-momen penting dalam filem itu yang berlatarkan tempat-tempat menarik di Jogja. Makanya, perjalanan kali ini tema serumpun kami adalah, Mencari Sang Rangga. Sangat dramatis. Haha. Mujur juga kali ini kami ditemani anak muda tempatan, bernama Ady yang dahulunya pernah bekerja di Tampoi, Johor Bahru. Ady seorang yang pemalu, namun sisi lainnya, seorang kipas-susah-mati JDT - dia membawa mafela JDT "Demi Bangsa Johor" ke mana sahaja kami pergi, lihat saja siapa lebih patriotik. Puteri, isteri kepada Ady, sarat mengandung 8 bulan, namun keaktifannya buat aku terkejut juga. Saat kami di Prambanan, dia gigih memanjat tangga tinggi - jadi ngeri dilihat. 

Usai mendarat di Bandara Adi Sujipto, yang kecil, ringkas tetapi macet (sibuk, jammed), kami dibawa menjamu selera di sebuah restauran tepi sawah yang konfem mahal (bagi trip ala kadar macam ni.) Sempat juga kami mengumpat pemandu van, Pak Bambang yang kira-kiranya seperti mahu mencaras duit kami dengan memilih kedai makan yang mahal haha. Harus di ingat, pakej pemandu di sini tidak mencakupi bayaran makan pemandu, rokok dan bayaran attribution - tidak sama dengan bayaran parking. Nasib baik makan sodap! 


Usai bersolat jamak di musholla sekitar taman candi, kami bergerak ke Candi Prambanan yang terletak di tengah kota Jogja, cuma 15 minit dari bandara, tak heran jika tempat ini dikerumuni ramai warga Indonesia (terlalu ramai, cuti sekolah lagi, tak ada beza dengan pesta hujung minggu). Padahal aku meletakkan harapan mahu mengekpreskan diri dengan tinggalan sejarah ini, mahu momen-momen intim dirakamkan penuh penghayatan, rupanya tak lebih sedikit, gambar-gambar yang ditembak, di photo-bombing anak-anak Indonesia yang semacam satu rombongan sekolah. Meriah, haha. Ribut pasir - pasir gunung berapi gamaknya - mengiringi langkah kami di Prambanan. Ada bongkah-bongkah hilang bentuk bertaburan, Ady berkongsi cerita, "Ianya akibat gempa bumi dan lava gunung berapi.." Dongeng Prambanan dengan 99 candi yang asalnya adalah bukti cinta Sang Raja buat perempuan yang disukai, agak menarik perhatian juga. Aku bercita-cita mahu mengkaji lebih hat cerita ini, mana tahu kena tipu kan. Awalnya kami bersetuju mahu menonton persembahan terbuka Tarian Ramayana yang terkenal itu, tetapi cuaca mendung mengundang ragu. Jika hujan turun ketika sedang menonton, tentu feelingnya lain bukan - walaupun aku bukanlah cewek jenis cerewet. Lalu Tarian Ramayana dibatalkan, dan jadual malam disusun lagi.


Kami ke Ratu Boko menjelang senja, kerana di sana katanya terkenal dengan kecantikan alam - matahari terbenam. Tetapi, dengan keadaan cuaca yang kelam mahu hujan lagi, tiadalah begitu jelas matahari yang gayanya seperti malu-malu kucing pada hari itu. Ratu Boko yang terletak di aras bukit, agak sejuk pada waktu malam dan lebih privasi dan ekslusif memandangkan ianya jauh sedikit dari penempatan awam. Hanya Am dan Fadhil sahaja yang membeli tiket masuk, itupun kerana mereka sudah terbeli tiket pakej tiga tempat sekaligus, sedangkan kami memilih untuk duduk bersantai di sekitar gerbang masuk ke Ratu Boko. Mujur ada persembahan percuma - sempena makan malam kumpulan Honda Indonesia, sempat juga kami mencuci mata, berkaraoke lagu Mariah Carey bersama-sama mereka. Tepat jam 7 malam, kami tiba di sebuah jalan utama di kota Jogja. Semua kelaparan, jadi Pak Bambang bilang jika maunya makan yang murah-murah, mari sini aku bawa kamu orang ke warong tepi kaki lima, yang makannya pun bersila di atas tikar sambil mendengar musik jalanan. Makanannya? Waduh - Nasi Kucing yang sangat menggelikan hati. Terkekeh-kekeh kami tergelak. Syukur, teman-teman semuanya paling kurang pun cuma mengkritik - kerangnya dua ketul aje? - kerana kami makan dengan penuh gembira malam itu. Ringkas tetapi tidak boleh lupa. :)


Sempat juga kami mengetik picu kamera di tengah-tengah jalanan (jalan apa ya?) yang terletaknya tugu/monumen Jogjakarta bersesak-sesakan dengan anak-anak remaja Jogja yang lain, malam minggu yang riuh, sambil-sambil berpikir, mengapa ya kita ini mahu nongkrong (lepak) di tengah-tengah jalanan? Hmm. 

[bersambung]

196. Pencinta Perjalanan: Edisi Jogjakarta 2

Labels:


Older | TOP | Newer

P/S
☆彡☆彡☆彡





You've read my thought. If only I can read yours..