<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8474564113195893538\x26blogName\x3dwhen+I\x27m+on+queue\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/\x26vt\x3d2843336287746015661', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

authorchatlinksarchivesgallery


Thursday, July 28, 2016
198. Pencinta Perjalanan - Edisi Jogjakarta Final! @ Thursday, July 28, 2016

0 note (s)

Seharusnya hari ini dimulai awal pagi: Menuju ke lerengan bukit bagi memburu indahnya matahari terbit di celahan Borobudur. Ya, Borobudur adalah tapak tujuan untuk hari ini. Namun, kerana terlanjutnya aktiviti semalaman di Alun-Alun Kidul, kami bersepakat untuk hadir lewat di tapak momumen Buddha terbesar di dunia itu. Pagi itu nyaman-nyaman sahaja, kami sempat singgah bersarapan Nasi berlaukkan Gudeg yang manis. Gudeg adalah salah satu makanan khas terkenal di Jogja, terhasil dari nangka muda yang dimasak menggunakan santan, dimakan bersama ayam ala-ala rendang yang juga berasa manis di mulutku ini. Iya, ciri khas makanan Jogja adalah manis, agak Kelantanese di situ. Eksotik juga makanan di sana, jelas terhidang kepala ayam, kaki ayam (berserta kukunya) di dalam lauk yang sama. Kerana aku jarang makan makanan sebegini eksotik, maka aku mengunyah perlahan-lahan, cuma menghadam rasa yang ku harap tidak luar biasa di tekakku ini. 

Ternyata Borobudur ini sebenarnya terletak di daerah Magelang, Jawa Tengah dan bukannya di Jogjakarta, seperti yang selalu diketahui umum. Salah info betul, jadi tidak hairanlah jikalau penelitian di internet menemukan hashtag #BorobudurBukanJogja. Namun begitu, kisah yang lebih penting: Tiket masuk untuk pelajar ke bangunan dibina pada abad ke 9 ini amat payah untuk diperoleh. Beberapa teman seperjalanan hampir bertekak juga dengan pengurusan pintu hadapan yang mahukan bukti tidak munasabah mengenai status pendidikan tinggi kami. Iyalah, diminta akses untuk ke laman sesawang universiti sudah cukup pelik, mereka juga mahukan tarikh perdaftaran kad pelajar kami yang sudah tentulah tak hengat dek non. Terpaksalah membeli tiket dengan harga pelancong asing, yang luar biasa mahalnya. Sudahlah tiketnya mahal, Pak Jono (pemandu ganti untuk hari ini kerana Pak Bambang ada tugas khas menghantar isterinya ke bandara) memberitahu kami, supaya berhati-hati dengan penjual barangan cenderahati di luar kawasan taman Borobudur yang katanya lagi, "Jika tidak ditolak elok-elok, mereka pasti akan menunggu lagi di pintu keluar, mengekori kita untuk membeli barangan dari mereka." Lalu, di dalam van kami bersepuluh berserta Ady, menghafal dialog penolakan sambil berdoa dalam hati, moga baik-baik sahaja perjalanan kami. Haha. 

"Nggakk mahu, makasih buk." Antara dialog yang diulang-ulang kerana waktu itu kami benar-benar dikerumuni ibu-ibu dan bapak-bapak penjual di kaki lima. Sesungguhnya, ada rasa kesal kerana tidak bisa berhenti sejenak dan membeli, sedikit sebanyak menyokong industri lokal mereka ini. Tidak sedikit yang membawa anak-anak kecil berjaja disekeliling taman, membuatkan aku lebih banyak bermuhasabah diri, semoga ada tangan lain yang akan membantu mereka di lain hari. Kelihatan Borobudur yang tersergam dilindung pohon-pohon rendang yang tidaklah begitu teduh, aku kira. Kami tiba di sana kira-kira 10 pagi dan matahari sudah mencanak tinggi di atas kepala. Suatu penyeksaan yang setimpal juga, akibat memilih untuk hadir lewat pagi. Peluh mengalir deras ketika aku memanjat anak tangga mendaki 10 tingkat ketinggian yang dipercayai mewakili 10 tingkatan yang harus dilalui untuk mencapai kesempurnaan menjadi Buddha. Gituh loh. Entahlah, mungkin aku kurang artistik (tetapi penggemar sejarah!) jadi berbanding dengan rasa kagum dan teruja, aku lebih santai-santai sahaja. Lebih-lebih lagi, penerokaan momumen sejarah kami tergendala dek anak-anak SMA yang kelihatan ditugaskan guru-guru menemubual pelancong warga asing dengan berbahasa English. Waduh, teruk juga kami dikerumuni mereka yang menghulur kertas meminta kami mengisikan markah penguasaan bahasa asing mereka. Saat itu, sungguh tak ada beza populariti kami dengan Rangga dan Cinta. Oh ya, ada satu babak di dalam filem AADC2 dirakamkan tepat di atas puncak gereja di hujung perbukitan di Borobudur. Sayang, aku benar-benar tiada feeling Rangga di situ kerana bagiku, Rangga itu lebih di Kwitang (dasar pengutip buku). Selebihnya, aku belum punya kesempatan nonton doang. Ada suatu momen penting di atas sana: Seminit terdengar azan Zuhur di puncak Borobudur! Kerana akhirnya yang benar-benar, itu yang pasti *senyum* Keterujaan aku di Borobudur sampai di situ aja mbak, mungkin aku perlu membaca lebih mengenai tempat sebegini supaya tidaklah melongo di pengakhiran perjalanan kami bahkan aku juga pernah merasakan tidak berbaloinya membayar sebegini rupiah untuk sekadar bersiar-siar di Borobudur. Haha.


Setelah bertawaf (tawaf you!) hampir tiga jam di sana, kami bersepakat untuk beredar ke Merapi Adventure. Tidak sabar rasanya ingin melawat gergasi yang kali terakhir terjaga dek mahu memuntahkan larvanya pada tahun 2014 ini. Entahlah, aku sentiasa ada sesuatu mengenai gunung-ganang yang bertebaran di atas muka bumi Allah ini. Kali terakhir ditanya mengenai aktiviti pilihan di Jogja, aku memilih mendaki Merapi. Meskipun masih tidak berkesempatan dek kekangan masa, Merapi Adventure masih mengujakan. Kami disambut dengan hujan renyai-renyai di Cangkringan Sleman, Jogja. Ternyata Kabupaten Sleman ini selalu dibasahi hujan. Sejuk! Itu yang pertama terlintas difikiran ku, ironi juga kerana kami berdiri di base kem di mana terletaknya Gunung Merapi, antara gunung berapi termuda, berbahaya dan aktif bangaat ini loh di seluruh dunia. Letusan pada tahun 2010 mengorbankan nyawa dan harta benda sekaligus merubah landskap wajah kawasan sekitar, namun 6 tahun kemuduan, ianya kembali dipenuhi kehijauan pohon-pohon yang tumbuh bak cendawan lepaih hujan. Benar-benar subur, aku sendiri hampir tidak percaya jika di hadapan kami ini sebenarnya sebuah gunung berapi dan bukannya Gunung Ledang yang merimbun-rimbun. Oh ya, perjalanan jeep kami sungguh roller coaster lagaknya. Kisahnya kerana jurupandu kami, Mas-yang wajahnya-ala-Chairil-Anwar, agaknya seorang adrenalin junkie. Di setiap jeritan histeria kami, kakinya makin pantas menekan pedal minyak. Sempat kami ber-drift dua tiga kali di penanjakan yang sebenarnya aku fikir tak perlu pun, tetapi oleh kerana jurupandu kami ini agak bekeng orangnya, beliau agak rajin untuk berdrift petang itu. Beliau juga kelihatan sengaja lewat melalui jalan yang teruk meskipun jalan yang elok itu terbentang di depan mata, haha. Iyalah, satu bentuk persembahan bagi menghiburkan kami yang datang dari jauh ini. Pakej kami ini melalui empat checkpoint utama iaitu Museum Sisa Hartaku, melalui Bunker Merapi, menjejaki Batu Alien dan perkampungan Kaliadem.

Museum Sisa Hartaku sebenarnya adalah sebuah rumah yang telah hancur dimamah larva Merapi, mengumpulkan sisa harta akibat bencana alam tersebut. Ady yang begitu baik sekali menemankan kami disekitar museum, dan dengan bersemangat beliau menceritakan mengenai Mbah Maridjan, penjaga kunci atau penunggu di Gunung Merapi. Tidak dapatlah aku menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kepentingan posisi penjaga kunci ini melainkan dengan bantuan Google sahaja. Kerana menurutku yang masih setahun jagung ini, adalah sebenarnya, penjaga kunci itu bermaksud orang yang mendoakan keselamatan seluruh rakyat Jogjakarta daripada bencana Gunung Merapi, sekaligus mengharapkan redha Allah swt semata-mata agar Gunung Merapi ini tidaklah membahayakan nyawa hambaNya. Dan kepada Allah swt jugalah kita berserah di penghujungnya. Mbah Maridjan menemui ajalnya lewat letusan Merapi pada tahun 2010 yang lalu, meninggalkan kesan mendalam terhadap emosi masyarakat setempat, dapatku lihat dari raut wajah Ady yang kelihatan sugul. Ada beberapa entiti yang dapatku kenalpasti, mengenai kepercayaan masyarakat lokal terhadap penunggu Merapi dan mereka yang berada di alam berbeda dengan kita yang tidak boleh diganggu, kerana bimbang Merapi meletus sekali lagi. Fikirku, kepada Allah swt jugalah kita berserah. Kerana setiap yang terjadi itu, adalah di atas kebijaksanaan Allah semata-mata. Kun, fayakun! Be, and it is! Jadi, maka jadilah ia. Wallahualam.  


Oleh kerana Am berdarah jowo Selangor, maka dia bisa juga bertutur bahasa Jawa dengan jurupandu kami yang malu-malu kucing tetapi tidak segan silu menggelakkan kami yang masih berbaki, tidak faham loghat Jawa ini. Katanya, sudah hampir 4 tahun dia bekerja sebagai jurupandu di Merapi Adventure Kaliadem ini. Sayu juga rasanya mengenangkan pendapatan mereka adalah hasil daripada bencana besar yang melanda daerah tercinta. Katanya lagi, dahulunya kawasan disekitar Merapi ini adalah bumi perkhemahan, yang lengkap dengan fasiliti termasuklah basecamp pendakian, warung-warung makan sebelum dilanda badai Merapi. Rintik-rintik hujan sewaktu perjalanan pulang menambahkan rasa syahdu dihatiku (kes tak mau balik Malaysia, tak mau kerja) tetapi memikirkan betapa gigihnya Mas-Chairil-Anwar menyambung hidup, mengapa tidak aku juga berusaha sebegitu? Raut wajah kenalan baru kami di bumi Jogja ini mungkin baru mencapai 30 tahun, tetapi cabaran hidup nyata jauh mematangkan dirinya. Baju hujan yang ku simpan di dalam beg tidak disentuh langsung, kami hanya membiarkan hujan yang semakin deras ini membasahi wajah kami. Ah, masa yang tepat untuk mengaudit diri. Langit sudah hampir gelap saat kami tiba semula di base-camp Merapi Adventure. Sayup-sayup kelihatan puncak Merapi yang masih mengeluarkan asap berkepul-kepul, SubhanAllah, I am in awe. Moga ketemu lagi di lain waktu, semoga diam dalam tidur panjangmu.


Balik ke kota, kami terus menuju ke Jalan Malioboro yang tak perlu lagi diperkenalkan kepada wisatawan lokal dan antarabangsa. Mungkin penat belum menjengah, kaki masih kuat melangkah mencari-cari cenderamata untuk dibawa pulang. Nasibku sedikit baik bertemu poskad di celah jualan kain batik, payah benaaar mahu cari poskad ini. Kelihatannya kerana aku tersalah tempat; Taman Pintar Yogjakarta yang tidak kami kunjungi (teman seperjalanan bukan kaki buku) terletak tidak berapa jauh dari Malioboro, dan tidak mungkin aku mampu mencari poskad yang lebih bagus dari yang sedia ada ini. Tinggallah satu malam berbaki di kota Jogja, termenung memikirkan perkara positif yang telah ku belajar sepanjang 4 hari berpetualangan di bumi Jawa Tengah ini untukku corat-coretkan di atas sekeping poskad.

Apa yang pasti, kue Bakpia, kuih asli dari Jogja ini rasanya amatlah sedap! Sesiapa yang singgah di Jogja, tolong belikan sekotak dua Bakpia untukku, nanti akanku kirimkan wang posnya. #eh


Labels:


Older | TOP | Newer

P/S
☆彡☆彡☆彡





You've read my thought. If only I can read yours..