<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8474564113195893538\x26blogName\x3dwhen+I\x27m+on+queue\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/\x26vt\x3d2843336287746015661', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

authorchatlinksarchivesgallery


Wednesday, March 8, 2017
202. Pencinta Perjalanan: Surabaya ke Jakarta 1 @ Wednesday, March 08, 2017

0 note (s)

Johor Bahru-Surabaya-Malang-Jakarta-Kuala Lumpur

Plan asal untuk trip bulan Januari yang lalu. Aku mahu ke Surabaya, dengan tujuan utama mendaki Gunung Berapi Bromo. Bromo sudah lama berada di dalam senarai Sekali Seumur Hidup, (walaupun rasanya macam nak pergi lagi, mungkin ke Semeru atau hanya berhenti di Ranu Kumbolo) kerana aku sudah lama memendam cinta dengan pemandangan di Bromo. Tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu mudah untuk amatur seperti kami. Tambahan pula, Kota Malang hanya sejam perjalanan menaiki bas dari Surabaya dan aku wajib bertemu Itta, kenalan paling rapat dari Indonesia; mula berteman di Twitter. Kami (aku dan Kana) merancang seawal bulan Ogos, dan plan asal itu dirombak-rombak, untuk mendapatkan yang terbaik. Aku berkenalan dengan Izzat, mahasiswa Statistik UPM di tahun akhir. Rancangannya ke Bromo bersama sekumpulan teman telah dapat aku pastikan. Sambil membalas ujar sarannya di Whatsapp, aku duduk mengGoggle informasi tambahan mengenai tiket keretapi Matarmaja, melalui Malang-Blitar-Madiun dan berakhir di Jakarta. Izzat menambah, "Tiket boleh dibeli di IndoMaret, mudah nak dapat." IndoMaret itu semacam Seven-Eleven di Malaysia, jadi aku tidaklah terlalu risau. 

Lagu Bimbang nyanyian Melly Goeslaw yang ku pasang mengundang keinginan untuk singgah di Jalan Kwitang, Jakarta. Iya, Rangga, Kwitang dan AADC, adalah kota Jakarta bagiku. Lalu, aku sisipkan nota, "Jika sempat, singgah di Kwitang!" di sebalik timbunan kertas pelan perjalanan kami. Pagi itu, nama kami dipanggil di corong pembesar suara Senai Airport gara-gara tersalah pintu pelepasan. Aku mengipas-ngipas kertas, menghela nafas lega kerana hampir sahaja kami terlepas penerbangan ke Surabaya. Juanda menyambut kami dengan girang, walaupun angin monsun bulan Januari sekali-sekala menyapa. Penerbangan Izzat dan rakan lainnya tertangguh, khabarnya hujan lebat di bumi Malaysia.

Azan Maghrib berkumandang di lapangan terbang Juanda dan kami akhirnya bertemu empat mata. Aku, Kana, Izzat, Lan, Fizah dan Farhana, menjadi rakan sepetualangan di bumi Surabaya kali ini. Usia yang tidak jauh jaraknya memudahkan komunikasi, awalnya mungkin sedikit janggal tetapi ternyata mereka lebih banyak pengalaman mengembara dan tidak pula lokek berkongsi. "Kita makan dahulu, kemudian ke Masjid Agung Sunan Ampel, solat jamak di sana," Izzat berkongsi jadual perjalanan. "Lepas tu, kita terus on-the-way ke Bromo, tiga ke empat jam jugak nak sampai." Hal pertama yang dilakukan, mengisi perut di Nasi Ayam Penyet Ibu Kris yang terkenal, biasa-biasa sahaja bagiku, malahan tidak berlebihan, nasi ayam di Malaysia lebih menyengat.

Ternyata Ayam Penyet jugalah yang menyambutku di Surabaya dan Jogjakarta, satu kebetulan yang melucukan.

Perjalanan ke Masjid Agung Sunan Ampel walaupun melalui lorong-lorong gelap, ternyata masjid lama ini dipenuhi dengan para jemaah yang pasti luar biasa angkanya. Aku terpegun sebentar. Kami tiba di masjid untuk solat pada pukul 11.00 malam waktu tempatan, dan di sana-sini penuh dengan jemaah, beraktiviti di sekitar masjid baru dan lama yang terletak bersebelahan. Izzat menggumam, "Ini untungnya bermusafir di tempat orang. Lihat dan perhati. Jika masjid di Malaysia, cantik, ya tetapi belum tentu masih dibuka selepas solat Isyak." Aku terus menekan kamera telefon pintarku, tak jauh bezanya meriah di masjid ini dengan di Tanah Haram. Sesetengah jemaah, dalam kelompok besar kelihatan sedang membaca Yassin di pinggiran Kompleks Makam Sunan Ampel di sekitar masjid. Agak canggung melangkah masuk ke masjid di penuhi nisan, sementara lorong belakang masjid, keberadaan Kampung Arab terserlah. Kami dijamu pemandangan pedagang-pedagang Arab yang nyaris seperti di Tanah Haram. Sebaik pulang ke van sewaan, Fizah dan aku bersungguh mahu membaca sejarah Sunan Ampel dengan lebih mendalam. Faktor utamanya, tentulah kerana Sunan Ampel ini merupakan salah seorang daripada Wali Songo yang berjaya menyebarkan dakwah Islamiah di Tanah Jawa ini.

Melintasi kota Surabaya yang menghampiri tengah malam, masih kelihatan gemerlapan neon malam di sekitar Kalimas, salah satu sungai utama di kota tersebut. Di sampingnya, Monumen Kapal Selam atau nama ringkasnya Monkasel kelihatan utuh berdiri. Lan mengajak kami singgah ke sana, katanya bukan selalu dapat melihat kapal selam secara dekat. "Muzium kapal selam Melaka?" usik Kana. Aku hanya tersengih mengenangkan muzium di Melaka yang belum pernah dijejak. Kami bertolak ke Bromo lebih kurang dalam jam 1 pagi. Sepanjang perjalanan, hanya bapak supir (aku sudah lupa namanya) yang berjaga. Kesemua yang lain sudah enak dibuai mimpi. Kafein yang diteguk malam tadi tidak membantu tidurku. Sekali-sekala aku terlelap dan tersedar oleh sejuknya pendingin udara, dan betapa bergelojaknya isi perutku ketika itu. Aduh, jalan ke pergunungan yang berselekoh tajam. Beberapa kali juga aku menyapu minyak urut ke sekitar wajahku, bimbang juga rasa mual yang tidak mahu hilang ini berterusan dan menganggu perjalanan. Terfikir juga ini bukanlah kali pertama aku mendaki gunung tinggi dan melalui jalan berbukit, mungkin silapku mengisi perut semaksimum mungkin sebelum memulakan perjalanan.

Jam menunjukkan pukul 3 pagi dan aku sudah tidak bisa melelapkan mata. Kesejukan mencengkam walaupun pendingin udara sudah ku tutup. Cermin sisi kenderaan mulai diselubungi kabus, samar-samar kelihatan hutan tebal dan jurang-jurang dalam. Aku teruja walaupun dalam mengantuk. Pak Supir memecut dengan rakus. Izzat disebelahnya sudah lama terjaga, mungkin dia juga sepertiku, tidak bisa tidur dalam kenderaan yang melaju dan kesejukan tanah tinggi. Ketika hampir dengan hotel singgahan, aku mengejutkan Kana, dan tanganku meliar mencari baju yang lebih tebal untuk ku bawa mendaki. Kana menghulurkan mafela birunya melihatkan aku cuma berlenggang dengan sehelai baju panas. Sejurus tiba di hotel singgahan, kami dikerumuni beberapa orang penjual yang tidak lain menawarkan kelengkapan sewa pakaian sebelum mendaki. Tolakan demi tolakan aku lontarkan, meski sebenarnya tanganku sudah menggigil dimamah kesejukan pagi di atas gunung. Kononnya tahan sejuk, tetapi gigiku sudah bergelatuk berulang kali.

Enjin jip mulai dipanaskan. Kami saling membantu untuk masuk ke dalam jip. Bersebelahan kenderaan kami, terlihat beberapa pendaki lain; khabarnya dari Malaysia juga. Beberapa babak dari filem Indonesia, 5cm berputar-putar di kepalaku, meski Bromo itu cumalah sekadar menaiki jip dan mendaki anak-anak tangga. Tenyata tidak terbanding dengan payahnya Semeru yang relatifnya memang sulit bagi pendaki amatur seperti kami.

Tetapi aku masih teruja!

[Bersambung: Pencinta Perjalanan: Surabaya ke Jakarta 2]

Labels:


Older | TOP | Newer

P/S
☆彡☆彡☆彡





You've read my thought. If only I can read yours..